Monday, May 17, 2010

Pendamping, Saka Bahagian 2

Adapun saka ini diwarisi melalui keturunan. Semasa dahulu kala saka ini digunakan untuk bermacam-macam kegunaan dan merupakan keperluan yang biasa. Orang melayu dahulu perkasa, tinggi ilmu agamanya dan mantap bila beramal maka saka ini tidak menjadi masalah dan tunduk kepada tuan. Maka saka ini menjadi seperti alat dan bukan menjadi sembahan atau dipuja. Orang melayu menggunakan depa nie semasa mereka membuka kawasan dan penempatan yang baru di dalam hutan. Apabila ada dusun durian ngan petai maka adalah penjaga dusun tersebut untuk menghalang orang lain membuat jahat seperti mencuri. Maka apabila kaki curi durian ini tersalah masuk dusun yang ada penjaga, adalah yang lari lintang pukang kerna terserempak ngan harimau. Ade yang tetibe rase gerun cam kene perati jer. Kalo yang bernasib baik dapat bawak lari durian berbakul-bakul bile makan kat rumah tetibe perut sakit rase cam nak terburai jer.

Ada jugak yang tengah syok mencuri kat rumah bile tuan rumah keluar. Habis digeladah satu rumah. Bila nak keluar jer tak nampak pintu. Terkurunglah dalam rumah sampai tuan rumah balik dan sekoyong-koyongnya terus mintak ampun kat tuan rumah.

Kes saka nie telah banyak aku uruskan. Menjadi kebiasaan kepada aku untuk bercakap dengan saka nie dulu sebelum tindakan lain diambil. Ada kes yang pernah aku buat di mane saka nie berlagak semacam so aku pun ape lagi belasahlah. Meraung-raung kene senjata ghaib dari aku. Ade yang aku gune cakar so dia rase cam kene cakar ngan harimau. Ade yang aku tusuk ngan pedang so sake nie rase lah kene tikam. Bile bab bab tarik nie memacamlah kejadian selain meraung. Ade yang kes lari aku kene pasaklah kaki dia kat bumi. Tak bleh kemane mane melekat terus kat bumi.

Nanti bab senjata ghaib aku akan terangkan kemudian.

No comments:

Post a Comment