Monday, April 5, 2010

Memagar dan Membersih

Seringkali orang menghadapi masalah berkenaan rumah, bangunan dan kawasan diganggu oleh anasir-anasir makhluk halus. Tuan rumah pening kepala apabila anggota keluarga ternampak lembaga atau bayangan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata kerana rupanya yang sangat asing dan kebanyakannya mengerikan. Ada juga ia menyerupai ahli keluarga yang lain tetapi perilaku tidak sama dengan tuan punya badan. Terdapat juga kesan sampingan yang lain apabila ada bau yang busuk dan meloyakan menggangu hidung. Ada satu tahap, isi keluarga mengalami mimpi yang bukan-bukan dan mengerikan. Mengigau di tengah malam menyebabkan yang lain tidak boleh tidur.
Keadaan bertambah parah apabila ada yang sudah meracau dan menjerit-jerit menimbulkan ketakutan dan kekalutan di dalam rumah. Yang amat dirisaukan apabilai ia mengganggu anak-anak menyebabkan mereka menangis tak henti-henti. Apabila meracau dilihat mata dah jadi lain macam perangai lak berubah seratus peratus.
Aku pernah rawat seorang gadis kepada satu keluarga yang meracau. Apabila aku rawat, aku tanya kat depa nie nak buat ape kat gadis nie. Yang bestnya dia kata aku nak darah, bagi aku darah dengan mimik muka yang menakutkan menyebabkan ahli keluarga terperanjat dan ada yang menangis. Sebelum aku rawat gadis itu ada para remaja dari kawasan kejiranan yang cuba merawat gadis itu tetapi muntah darah semasa rawatan dilakukan. Perlu diingat ini bukan perkara main-main atau nak tunjuk lagak.
Rumah yang diganggu oleh depa nie kebanyakannya disebabkan oleh banyak punca. Rumah yang ditinggalkan lama atau jarang diduduki juga menjadi sasaran utama kepada depa nie. Maka timbullah rumah berhantu dengan kejadian-kejadian yang tidak normal apabila ada orang melalui rumah tersebut.
Berkenaan dengan rumah berhantu nie aku ade pengalaman menyelesaikan kes berkaitan. Tuan punya resort menceritakan kepada aku bahawa dia menghadapi masalah dengan resortnya kerana para penyewa diganggu oleh makhluk halus. Ini menjejaskan pendapatan resort dan aktiviti-aktiviti yang menjana keuntungan. Beliau menceritakan ada kejadian anak kecil penyewa hilang pada masa tengahari tapi dijumpai lewat petang di kawasan taman resort. Pekerja resort juga menghadapi masalah apabila ada satu kes pekerja jatuh dari tangga kerana dirasakan ditolak dari belakang padahal perkerja itu membuat kerja berseorangan. Macam-macam kejadian yang berlaku di resort itu. Kalau dilihat resort itu pada sebelah malam memang meremang bulu roma. Makhluk halus yang mengganggu di sini bole dikatakan mempunyai tahap yang tinggi. Manakan tidak mereka boleh angkat orang ke sana ke sini. Mereka juga boleh menjelmakan diri pada siang hari seperti manusia dan berhadapan dengan pekerja.
Maka aku pun menjalankan perkhimatan membersih resort ini dan seterusnya membuat pagar. Sebelum kerja-kerja dilakukan aku perlu upkan diri. Semasa kerja ini dilakukan kene sensitif pada keadaan sekeliling dan langkah berjaga-jaga perlu diambil. Kerja-kerja ini aku lakukan pada tengah malam. Alhamdulillah pada masa sekarang resort sudah kembali ceria dan tidak seperti dahulu dalam keadaan malap dan menakutkan.

No comments:

Post a Comment