Tuesday, April 6, 2010

Pendamping, Saka Bahagian 1

Pendamping, saka dan belaan telah menjadi sinonim kepada orang melayu sejak dahulu kala lagi. Keadaan menjadi demikian kerana rantau ini dahulu merupakan kawasan jajahan Nabi Sulaiman maka bertebaranlah golongan jin ke kawasan ini dan bersama-samalah mereka bekerjasama dengan penduduk-penduduk di sini.
Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka ada pendamping. Selalu juga apabila diberitahu mereka ada pendamping mereka tak nak menerima hakikat mereka ada pendamping. Ada juga memang ingin memiliki pedamping atas tujuan tertentu dan biasanya ianya di bela.
Pendamping ini mendampingi seseorang itu disebabkan amalan yang dilakukan oleh mereka. Ada pendamping yang datang disebabkan oleh amalan harian mereka. Ada juga yang datang semasa bertapa. Selain itu pendamping juga boleh didapati dari orang lain.
Bagi yang ada pendamping tapi tak nak menerima hakikat ada pendamping yang ini payah sket. Bila ada pendamping, pendamping nie kene la ade rumahnya. Seperti contoh guna la cincin. Sebab kalo depa nie takde rumah habis tuh depa nie nak dok mane? Mula-mula memang la pendamping nie akan lepak kat sebelah jer. Tapi lama-lama bile takde rumah mula lah depa nie jadikan tubuh badan sebagai rumah. Sat tu la baru badan mula sakit-sakit lenguh-lenguh.
Aku ade kenalan yang ada pendamping. Aku dah bagitau dia yang dia ade pendamping tapi tak nak mengaku. Dia dapat nie mase dia bertapa dulu. Aku tengok kenalan aku nie dah tahap serius. Dia dengan pendamping dia nie dah berasimilasi dah jadi darah daging. Pendamping dia nie dah dok dalam badan. Selalu la aku tengok dia nie selalu sakit kat sendi-sendi dan kaki. Bila aku tegur dia marah. Pada tahap nie bila pendamping dah jadi darah daging maka segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah berdasarkan dari keputusan yang dicapai bersama pendamping. Kenalan aku nie tak sedar dia dipengaruhi oleh penasihat kanan dia tuh. Pasal tuh bila ditegur yang paling marah tuh pendamping dia. Maka kenalan aku nie pun ikut sama. Aku tengok kenalan aku nie ngan pendamping dia nie berkasih sayang.
Orang yang ade pendamping nie emosi mereka tidak stabil. Kita bole tengok dorang nie mula-mula ok la. Tapi ngan sekelip mata perangai boleh berubah. Kejap ok kejap lagi kang marah tetiba tak tentu pasal. Selalu juga dorang nie akan bercakap tak henti-henti. Dorang cakap dorang tau segala macam benda yang kat dunia nie. Macam mane dorang leh tau? Habis tuh siapa lagi yang nak bagi idea yang macam-macam kalo bukan dari pendamping.
Boleh dilihat apabila pendamping meresap dalam diri samada mata menjadi merah atau mata jadi kecil dan macam-macam petanda lagi. Yang paling senang nak tengok bila orang tengah menurun. Tapi orang yang tak sedar dia ada pendamping nie nak tengok dorang nie kena resap kena lihat ngan teliti. Bagi yang tak tau nak mengawal pendamping sendiri maka banyak keburukan yang akan didapati.
Cerita bab nie memang agak panjang dan akan diteruskan pada post akan datang.

Monday, April 5, 2010

Memagar dan Membersih

Seringkali orang menghadapi masalah berkenaan rumah, bangunan dan kawasan diganggu oleh anasir-anasir makhluk halus. Tuan rumah pening kepala apabila anggota keluarga ternampak lembaga atau bayangan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata kerana rupanya yang sangat asing dan kebanyakannya mengerikan. Ada juga ia menyerupai ahli keluarga yang lain tetapi perilaku tidak sama dengan tuan punya badan. Terdapat juga kesan sampingan yang lain apabila ada bau yang busuk dan meloyakan menggangu hidung. Ada satu tahap, isi keluarga mengalami mimpi yang bukan-bukan dan mengerikan. Mengigau di tengah malam menyebabkan yang lain tidak boleh tidur.
Keadaan bertambah parah apabila ada yang sudah meracau dan menjerit-jerit menimbulkan ketakutan dan kekalutan di dalam rumah. Yang amat dirisaukan apabilai ia mengganggu anak-anak menyebabkan mereka menangis tak henti-henti. Apabila meracau dilihat mata dah jadi lain macam perangai lak berubah seratus peratus.
Aku pernah rawat seorang gadis kepada satu keluarga yang meracau. Apabila aku rawat, aku tanya kat depa nie nak buat ape kat gadis nie. Yang bestnya dia kata aku nak darah, bagi aku darah dengan mimik muka yang menakutkan menyebabkan ahli keluarga terperanjat dan ada yang menangis. Sebelum aku rawat gadis itu ada para remaja dari kawasan kejiranan yang cuba merawat gadis itu tetapi muntah darah semasa rawatan dilakukan. Perlu diingat ini bukan perkara main-main atau nak tunjuk lagak.
Rumah yang diganggu oleh depa nie kebanyakannya disebabkan oleh banyak punca. Rumah yang ditinggalkan lama atau jarang diduduki juga menjadi sasaran utama kepada depa nie. Maka timbullah rumah berhantu dengan kejadian-kejadian yang tidak normal apabila ada orang melalui rumah tersebut.
Berkenaan dengan rumah berhantu nie aku ade pengalaman menyelesaikan kes berkaitan. Tuan punya resort menceritakan kepada aku bahawa dia menghadapi masalah dengan resortnya kerana para penyewa diganggu oleh makhluk halus. Ini menjejaskan pendapatan resort dan aktiviti-aktiviti yang menjana keuntungan. Beliau menceritakan ada kejadian anak kecil penyewa hilang pada masa tengahari tapi dijumpai lewat petang di kawasan taman resort. Pekerja resort juga menghadapi masalah apabila ada satu kes pekerja jatuh dari tangga kerana dirasakan ditolak dari belakang padahal perkerja itu membuat kerja berseorangan. Macam-macam kejadian yang berlaku di resort itu. Kalau dilihat resort itu pada sebelah malam memang meremang bulu roma. Makhluk halus yang mengganggu di sini bole dikatakan mempunyai tahap yang tinggi. Manakan tidak mereka boleh angkat orang ke sana ke sini. Mereka juga boleh menjelmakan diri pada siang hari seperti manusia dan berhadapan dengan pekerja.
Maka aku pun menjalankan perkhimatan membersih resort ini dan seterusnya membuat pagar. Sebelum kerja-kerja dilakukan aku perlu upkan diri. Semasa kerja ini dilakukan kene sensitif pada keadaan sekeliling dan langkah berjaga-jaga perlu diambil. Kerja-kerja ini aku lakukan pada tengah malam. Alhamdulillah pada masa sekarang resort sudah kembali ceria dan tidak seperti dahulu dalam keadaan malap dan menakutkan.

Gangguan dari makhluk halus

Terdapat bermacam-macam gangguan dan sakit disebabkan dari makhluk halus ini. Sakit yang terjadi dari gangguan ini kebiasaannya tidak dapat diubati oleh doktor perubatan dan memang perlu diselesaikan dengan cara tradisional. Macam mane doktor nak kesan jika sakit ini memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Maka jika nak mengesan sakit ini memerlukan perawat atau tok bomoh/pawang mengaktifkan pancaindera tertentu menggunakan kaedah masing-masing.
Untuk mengaktifkan pancaindera ini memerlukan seorang bomoh itu beramal. Amalan-amalan ini boleh didapati dari sumber utama bagi orang Islam yakni dari Al-Quran. Amalan-amalan inilah yang perlu diwarisi dari tok-tok guru agar ada kesinambungannya atau wasilah. Tuan guru akan membentangkan ilmu atau teori dan kemudian anak murid perlu menjalani praktikal atau ujian untuk mengetahui tahap pencapaian diri.
Selain dari dari teknik mengaktifkan pancaindera atau popular disebut scan, tok moh memerlukan bermacam-macam kaedah, tools apabila membuat kerja-kerja ini. Perlu ada kaedah menyerang-ofensif, pertahanan-defensif dan skil-combat. Segala macam kaedah ini memerlukan seseorang tok moh itu mempunyai tenaga dan kuasa. Maka bergantunglah kepada kebijaksanaan masing-masing menggunakan kelengkapan yang ada pada diri.

Friday, April 2, 2010

Pusat Rawatan Melayu

Orang Melayu telah dianugerahkan oleh Allah kaya dengan pelbagai ilmu. Ada ilmu tauhid, ilmu perang, perbomohan, ubat tradisional, mengurut, perbidanan, pertukangan, senjata dan macam-macam ilmu lagi. Ilmu tarik duit pun ada. Dengan bermacam-macam ilmu yang dikuasai oleh bangsa kita ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan ilmu yang diwarisi dari keturunan kita yang terdahulu dengan mewarisi ilmu-ilmu ini dan seterusnya diwariskan pula kepada anak cucu kita. Barulah kita boleh berkata dengan bangga kepada sekalian manusia di dunia ini takkan melayu hilang di dunia. Ilmu-ilmu ini diqadaqkan oleh Allah dipegang oleh bani jawi bukan untuk saja-saja jer tetapi ada tujuan dan dibawa sekali dengan tanggungjawab.


Di dalam blog ini aku lebih menjurus kepada rawatan melayu yang berkenaan dengan bidang-bidang perbomohan. Sejak kebelakangan ini bidang ini meningkat popular sehingga pihak astro pun ada memaparkan rancangan-rancangan yang menarik mengenai cabang ilmu melayu ini. Sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan ada membaca blog ini dan berminat untuk berbincang, aku dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan semua. Kita berbincanglah seperti kita berada di balairung istana melayu di mana semua orang duduk bersila dengan raja duduk di singgahsananya, pembesar di pentas persilaannya, hulubalang standby siap siaga dengan segala macam senjata. Sesungguhnya Allah adalah Raja kepada segala raja.
Aku juga menawarkan perkhidmatan perubatan dan aku boleh dihubungi melalui no. ini 019-2970695. Aku boleh dihubungi pada bila-bila masa.